Kerajaan Sasar Seawal Bulan Jun Untuk Sekatan Akses Media Sosial Bawah 16 Tahun

LocalTechnology
16 Apr 2026 • 11:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pelbagai negara telah mula mengimplementasi sekatan dan larangan untuk pengguna bawah 16 tahun daripada mengakses media sosial disebabkan kesan negatif daripadanya. Malaysia turut tidak ketinggalan, dan telah dalam proses mengenal-pasti dan meneroka ke arahnya sejak sebelum ini.

image is not available

Menyentuh mengenainya, Menteri Komunikasi sekali lagi menekankan yang mana kerajaan menyasarkan pertengahan tahun 2026 ini untuk melaksana sekatan akses media sosial untuk pengguna bawah 16 tahun. SKMM kini dikatakan sedang dalam fasa penelitian akhir, dan akan membawa kepada pihak kementerian dalam seminggu akan datang, dan ia diharap dapat dilaksanakan seawal Jun atau Julai ini.

Platform media sosial dikatakan telah menyatakan ketersediaan untuk melaksanakan sekatan untuk pengguna bawah umur 16 tahun. SKMM sedia melakukan medan uji dengan platform media sosial dalam mengenal-pasti mekanisme pelaksanaan untuk sekatan ini oleh penyedia platform.

Langkah pengharaman dan sekatan ini dipertimbangkan dan telah mula dilaksanakan sejumlah negara, disebabkan oleh kesan negatif platform media sosial terhadap golongan muda.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved