Kerajaan Sedang Mengkaji Untuk Kawal-Selia TikTok

TechnologyDigital
8 Nov 2023 • 8:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan kini dilihat sedang mengkaji beberapa kaedah melibatkan laman sosial, termasuk untuk mengawal-selia TikTok, dan juga ciri edagang TikTok Shop yang disertakan bersama dengannya.

Perkongsian ini hadir selepas kerajaan sebelum ini menyatakan turut sedang mengkaji keperluan pelbagai platform media sosial perlu berdaftar dengan kerajaan dan mempunyai lesen operasi di Malaysia, disamping mengimplementasi kadar percukaian global minimum terhadap platform-platform seperti ini.

image is not available

Sebelum ini, kerajaan Indonesia telah mengharamkan penyatuan edagang pada platform sosial – sekaligus membuatkan TikTok Shop diharamkan di negara berkenaan buat masa ini kerana disertakan bersama pada platform sosial TikTok.

Menteri Komunikasi dan Digital juga telah beberapa kali berkongsi menyatakan TikTok tidak membuang kandungan berita palsu dengan pro-aktif, selain turut dikatakan membuang kandungan melibatkan pro-Palestin pada platform mereka. TikTok sebelum ini menidakkan perkara berkenaan, walaupun Menteri menyatakan terdapat bukti yang nyata untuknya. Menteri dijangka akan bertemu dengan wakil TikTok pada hari Khamis ini dalam berbincang lanjut berkenaan sejumlah perkara yang dibangkitkan sebelum ini.