Kerajaan sedang perhalusi pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan Enam - PM

LocalPolitics
24 Apr 2026 • 6:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar berucap pada program Sesi Ramah Mesra Bersama Warga IPG dan Pusat Tingkatan Enam di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru pada Jumaat.

JOHOR BAHRU - Kerajaan sedang memperhalusi cadangan pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan Enam seperti yang dinikmati pelajar matrikulasi ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut selari dengan langkah pengambilalihan pelajar Tingkatan Enam yang sebelum ini di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

"Elaun Tingkatan Enam dengan matrikulasi, saya setuju untuk disamakan. Kita tengah teliti, sebab keputusan dasar telah dibuat cuma hanya kaedah pelaksanaan (sedang dibincang)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Ramah Mesra Bersama Warga Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Pusat Tingkatan Enam di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, di sini pada Jumaat.

Terdahulu seorang pelajar Tingkatan Enam bertanya berkaitan punca mereka tidak mendapat elaun seperti matrikulasi yang mana kedua-duanya pada tahap pendidikan pra-universiti serta kelebihan apabila tingkatan itu diletakkan dibawah KPT.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelajar Tingkatan Enam harus diletakkan di bawah KPT kerana merupakan sebahagian daripada kategori pasca persekolahan.

Justeru, beliau berkata, kemudahan termasuk pemberian biasiswa untuk pelajar pra-universiti seperti Tingkatan Enam atau matrikulasi harus disampaikan kepada pelajar.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved