“Kerajaan Sedang Pertimbang Perbaharui Lesen Memandu Selama 10 Tahun” – Anthony Loke

23 Feb 2023 • 1:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Boleh dikatakan isu mengenai perbaharui lesen memandu sebelum tiba tarikh luputnya sering menjadi perdebatan dikalangan para pengguna.

Susulan itu, Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke memaklumkan ketika ini banyak perkara yang sedang dibincangkan daripada pihak mereka bagi memudahkan urusan pembaharuan lesen buat pengguna.

Antara inisiatif yang dipertimbangkan adalah membolehkan pengguna untuk perbaharui lesen mereka selama tempoh 10 tahun dan ini merupakan peningkatan berganda dari sekarang iaitu cuma 5 tahun.

Langkah ini dijangka bakal memudahkan pengguna dan dalam pada itu, pengguna yang perbaharui lesen dalam tempoh 10 tahun juga dikatakan bakal diberikan sedikit diskaun.

Tambahannya lagi, penawaran bagi lesen tanpa tempoh luput masih perlu dipertimbangkan kerana ia merupakan salah satu bentuk pendapatan kerajaan.

Ketika ini, Kementerian Pengangkutan masih dalam peringkat perbincangan akhir dan berita mengenai pembaharuan lesen dalam tempoh 10 tahun barangkali akan diumumkan kepada rakyat tidak lama lagi.

image is not available 2 minggu lalu

"Tak Perlu Lekat Atau Pamer Cukai Jalan Pada Kenderaan Lagi" - Anthony Loke