Kerajaan sediakan geran untuk mohon sijil halal kali pertama

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 4:34 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerajaan sediakan geran untuk mohon sijil halal kali pertama

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk menyediakan geran padanan sehingga RM5,000 kepada syarikat premis mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang mahu mendapatkan sijil halal kali pertama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi membantu usahawan yang mempunyai produk berkualiti tetapi sukar untuk mendapatkan pensijilan halal dan menembusi pasaran yang lebih luas.

“Kerajaan bersetuju menyediakan geran padanan sehingga RM5,000 kepada syarikat PMKS yang mahu mendapatkan sijil halal kali pertama.

“Geran RM25,000 ribu turut diberikan bagi memperkasa PMKS halal dalam bidang seperti kosmetik dan farmaseutikal,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Kewangan itu berkata, penyedia perkhidmatan pengurusan dana patuh syariah pula diberi pengecualian cukai pendapatan 40 peratus bagi tahun taksiran 2028 hingga 2030.

“Malaysia masih mengekalkan kedudukan sebagai antara pasaran sukuk terbesar di dunia. Bagi menggalakkan pembiayaan syariah lestari, penerbit Sukuk Prisma layak menerima potongan cukai atas kos penerbitan yang diluluskan Suruhanjaya Sekuriti bagi tahun taksiran
2027 hingga 2030.

“Geran yang diterima di bawah Skim Sukuk SRI dan Geran Bon pula diberi pengecualian cukai pendapatan mulai 1 Januari 2027,” katanya. – UTUSAN

The post Kerajaan sediakan geran untuk mohon sijil halal kali pertama appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved