Kempen Tahun Melawat Malaysia dilanjut ke tahun depan

9 Oct 2026 • 5:58 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kempen Tahun Melawat Malaysia dilanjut ke tahun depan

PETALING JAYA: Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan kempen Tahun Melawat Malaysia sehingga tahun hadapan dengan peruntukan RM935 juta untuk sektor pelancongan dan budaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu termasuk menyediakan geran galakan kepada penggiat industri untuk mempromosi dan menganjurkan acara pelancongan. 

Katanya, mutu kemudahan pelancongan akan ditingkatkan termasuk prasarana jeti dan tapak warisan yang berpotensi diiktiraf UNESCO seperti Danum Valley, Sabah; Lembah Bujang, Kedah dan Taman Negara Pahang.  

“Seni, budaya dan warisan terus disemarakkan melalui penganjuran Festival Budaya sempena Sukan SEA dan menyokong penggiat budaya dan warisan seperti kraf tangan, tenun dan batik.

“Geran Sepadan Penerbangan Antarabangsa dan Carter disediakan bagi merintis laluan penerbangan terus baharu dari China, India, Asia Tengah dan Eropah. 

“Skop geran diperluas meliputi kapal persiaran, feri dan bas persiaran yang bawa pelancong antarabangsa ke Malaysia,” katanya dalam membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. –UTUSAN

 

The post Kempen Tahun Melawat Malaysia dilanjut ke tahun depan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved