Kerajaan Selangor Sedia Rumah Sementara Untuk Mangsa Letupan Gas Putra Heights

4 Apr 2025 • 1:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
putra heights

Kerajaan Selangor akan menyediakan lebih 100 rumah sementara bagi membantu mangsa insiden letupan gas di Putra Heights yang berlaku pada raya kedua lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata inisiatif ini dilakukan menerusi skim SMART Sewa Selangor, dengan sebahagian kos sewa akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

Mangsa bakal masuk kediaman baru minggu hadapan…

image is not available

Bagaimanapun, lokasi rumah sementara ini masih dalam perbincangan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. Mangsa dijangka akan mula berpindah ke kediaman baharu seawal minggu hadapan.

Rumah sementara ini akan disediakan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), selain turut mendapat kerjasama daripada pihak Airbnb.- Katanya.

Untuk rekod, kejadian letupan ini berpunca daripada saluran paip gas sepanjang 500 meter yang menyebabkan kebakaran besar. Banyak rumah dan kenderaan penduduk di sekitar Jalan Putra Harmoni mengalami kerosakan teruk akibat letupan tersebut.

#ApaKataOhmedia

Ini satu langkah yang baik daripada kerajaan negeri untuk membantu mangsa yang kehilangan tempat tinggal. Diharapkan segala urusan penyediaan rumah sementara ini dipermudahkan dan mangsa dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


The post

appeared first on

.