Kerajaan Setuju Bayar Wang Pendahuluan RM200 Sehektar Insentif Bajak Kepada Pesawah

LocalBusiness & Finance
5 May 2026 • 4:24 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kerajaan Setuju Bayar Wang Pendahuluan RM200 Sehektar Insentif Bajak Kepada Pesawah

Kerajaan Setuju Bayar Wang Pendahuluan RM200 Sehektar Insentif Bajak Kepada Pesawah

PUTRAJAYA, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan bersetuju untuk membayar wang pendahuluan RM200 sehektar iaitu sebahagian daripada kadar Bantuan Khas Insentif Pembajakan kepada 240,000 pesawah berdaftar di seluruh negara bagi mengurangkan bebanan mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif itu, yang dipersetujui pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikannya hari ini, akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM48 juta.

Baca juga:

“Ini kerana mereka terpaksa sewa mesin pembajakan... jadi, program pembajakan itu mesti diteruskan tetapi mereka perlukan modal.

“Oleh itu, kita berpendapat lebih baik diberikan pendahuluan RM200 supaya mereka boleh terus bergerak menjalankan kegiatan penanaman padi,” kata beliau pada sidang media Krisis Bekalan Global di sini hari ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, juga berkata kerajaan amat prihatin terhadap cabaran semasa yang dihadapi pesawah susulan kenaikan kos bahan api dan input pertanian berikutan konflik di Asia Barat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved