Kerajaan salur RM200 kepada pesawah, bantu teruskan pembajakan

LocalPolitics
5 May 2026 • 3:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kerajaan salur RM200 kepada pesawah, bantu teruskan pembajakan
Kerajaan bersetuju membayar wang pendahuluan Kadar Khas Inisiatif Pembajakan berjumlah RM200 kepada pesawah - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju membayar wang pendahuluan Kadar Khas Inisiatif Pembajakan berjumlah RM200 kepada pesawah agar golongan itu dapat meneruskan kegiatan penanaman padi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, inisiatif tersebut melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM48 juta dan memberi manfaat kepada 240,000 pesawah berdaftar.

"Dalam mesyuarat tadi, Majlis Tindakan Ekonomi Negara Malaysia bersetuju untuk membayar wang pendahuluan kerana mereka terpaksa menyewa mesin bajak.

"Jadi, aktiviti pembajakan itu mesti diteruskan, tetapi mereka memerlukan modal. Oleh itu, kita berpendapat lebih baik diberikan pendahuluan RM200 supaya mereka boleh terus menjalankan kegiatan penanaman padi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Krisis Bekalan Global di Bangunan Perdana Putra di sini pada Selasa.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved