Kerajaan setuju kaji semula sistem saraan perkhidmatan awam

14 Jul 2023 • 9:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Kerajaan bersetuju mengkaji semula sistem saraan perkhidmatan awam dengan mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan tiadanya semakan gaji dibuat sejak 2012.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan, perincian lanjut mengenai perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Semakan Semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

"Kerajaan mengambil maklum berhubung perbezaan amaun pencen antara veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara sebelum 1 Januari 2013 dan yang bersara mulai 1 Januari 2013.

"Isu ini juga dihadapi oleh semua pesara penjawat awam dari skim-skim perkhidmatan yang lain," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

JPA berkata, kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan pesara perkhidmatan awam yang telah menyumbang khidmat bakti dalam arus pembangunan negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved