Kerajaan Siasat Dakwaan Kebocoran Data – Siasatan Awal Dapati Maklumat Akaun Maybank Adalah Tidak Sah, Astro Mungkin Dari Insiden 2018

TechnologyDigital
30 Dec 2022 • 9:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada awal pagi ini, ia telah didapati data pengguna Malaysia dijual di sebuah forum, mengatakan ia didapati melalui Maybank, Astro, dan juga SPR.

Sejak laporan tersebut, pihak Astro dan Maybank telah mengeluarkan komen masing-masing menyatakan mereka sering memastikan data pengguna selamat, dan sedang melakukan siasatan berkenaan dakwaan tersebut.

Lanjutan daripadanya, kini Kementerian Komunikasi dan Digital turut telah mengeluarkan kenyataan, mengatakan kerajaan memandang serius dakwaan kebocoran data ini.

Siasatan awal pihak kerajaan mendapati nombor akaun Maybank yang dipaparkan dalam lawan sesawang berkenaan adalah tidak sah dan tidak wujud – kerana transaksi tidak boleh dilakukan.

Untuk data yang dikatakan daripada Astro pula, ia dikatakan mungkin hadir daripada insiden pada tahun 2018 yang lepas. Ketika itu, Astro mengatakan data yang terlibat adalah melibatkan pelanggan Astro IPTV. Namun, ia masih belum disahkan sepenuhnya sama ada ia berkait ataupun tidak.

Siasatan berkenaan kebocoran data SPR pula akan diserahkan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara untuk tindakan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved