Kerajaan sokong titah Sultan Selangor bantah penganjuran aktiviti LGBT

LocalPolitics
16 Jan 2026 • 3:43 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 16 JAN: Kerajaan menyokong titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang menzahirkan bantahan keras terhadap sebarang penganjuran aktiviti songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berharap isu berkenaan dapat ditangani secara teratur mengikut lunas undang-undang oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

“Kita menyokong sepenuhnya titah Tuanku dan Insya-Allah kita berdoa perkara ini dapat tangani secara baik mengikut lunas undang-undang,” kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-25 IKIMfm serta Kempen Mahabbah MADANI Ramadan 1447H di Masjid Al-Sultan Abdullah, Menara Merdeka 118, di sini hari ini.

Berhubung pemantauan aktiviti LGBT di negara ini, Zulkifli menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Isnin lalu, Sultan Selangor menitahkan tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dan menegaskan bahawa walaupun perbuatan tersebut merupakan dosa individu, ia berpotensi mengundang kemurkaan dan laknat ke atas negeri.

Baginda juga tidak berkenan dengan sebarang festival, perarakan, aktiviti, sambutan atau promosi gaya hidup songsang LGBT dalam mana-mana daerah di Selangor, termasuk penubuhan persatuan, kelab, pertubuhan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.

Susulan itu, pada Selasa, penganjur program perkhemahan “Glamping With Pride” membatalkan acara yang sepatutnya diadakan pada 17 dan 18 Januari ini di Hulu Langat, Selangor atas faktor keselamatan.

- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved