Kerajaan tambah jaminan pembiayaan PMKS kepada RM10 bilion

LocalBusiness & Finance
21 Apr 2026 • 12:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kerajaan tambah jaminan pembiayaan PMKS kepada RM10 bilion
Anwar Ibrahim. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan menambah peruntukan jaminan pembiayaan kepada sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kepada RM10 bilion untuk memacu pertumbuhan kelompok itu yang memerlukan bantuan ekoran impak krisis tenaga global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jaminan sebanyak RM5 bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) yang diumumkan pada Isnin akan digandakan kepada RM10 bilion dengan tambahan kemudahan daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

"Saya telah minta BNM untuk segera tingkatkan kemudahan ini supaya daripada RM5 bilion yang diberikan khas ditambah dengan kemudahan yang diberikan BNM sendiri.

"Secara terperincinya BNM akan umumkan dalam beberapa hari lagi mengenai (tambahan) ini untuk memantu memacu pertumbuhan (negara) dan menjadi pemangkin syarikat-syarikat yang memerlukan bantuan," katanya pada sidang akhbar sempena Sesi Meja Bulat Bersama Institusi Kewangan di Sasana Kijang, BNM di sini pada Selasa.

AKAN MENYUSUL