Kerajaan Tanggung Harga Tiket Penerbangan Musim Perayaan Ke Borneo Lebih Jika RM599 – Menteri Pengangkutan

16 Dec 2023 • 12:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berita baik untuk rakyat Malaysia dari Sabah dan Sarawak yang berhasart untuk pulang menyambut perayaan. Kerajaan Malaysia mengumumkan akan menanggung tambang penerbangan sempena musim perayaan jika harga tiket melebihi RM599.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke sebagai inisiatif kerajaan melalui subsidi sempena cuti perayaan.

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, penumpang dari semenanjung yang ingin ke Malaysia Barat akan menikmati tambang dengan harga RM599 untuk penerbangan tiga hari sebelum perayaan dari mana-mana lapangan terbang semenanjung ke destinasi di Sabah, Sarawak dan Labuan.

image is not available

Loke juga berkata, subsidi dari kerajaan itu akan melibatkan beberapa jenis sambutan perayaan antaranya Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Kaamatan, Gawai dan Krismas. Penguatkuasaan subsidi itu akan bermula dengan sambutan Hari Krismas minggu hadapan.

Tambah beliau lagi, penumpang boleh membeli tiket khas melalui laman sesawang rasmi syarikat penerbangan domestik sedia ada seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly dan Batik Air.

image is not available

Walau bagaimanapun, subsidi khusus ini tidak melibatkan pembelian tiket ketika promosi awal yang kebiasaanya dijual awal dengan harga yang lebih murah.

Selain itu, terma dan syarat turut ditetapkan untuk pembelian tiket bersubsidi ini seperti tiada penukaran tarikh, larangan perubahan nama penumpang dan tiket tidak boleh dikembalikan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.