Kerajaan tanggung subsidi bahan api RM40b

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 7:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerajaan tanggung subsidi bahan api RM40b

PETALING JAYA: Kerajaan dianggarkan menanggung peningkatan subsidi bahan api sehingga RM40 bilion susulan krisis geopolitik di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sudah pasti akan menanggung implikasi sekiranya tidak meneruskan penyasaran subsidi kerika krisis tenaga masih berlangsung.

“Krisis Asia Barat meningkatkan subsidi bahan api sehingga RM40 bilion. Bayangkan juga, sekiranya kita masih menangguhkan penyasaran subsidi pada saat krisis tenaga ini, tentu lebih besar daripada RM40 bilion beban kewangan yang perlu ditanggung,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri memaklumkan kos subsidi bahan api ditanggung kerajaan mencecah RM5 bilion sebulan disebabkan konflik di Asia Barat yang menyebabkan ketidaktentuan harga minyak dunia.

Ia peningkatan mendadak berbanding RM700 juta sebulan yang diperuntukkan kerajaan sebelum ini.

Peningkatan itu juga dipengaruhi oleh kos logistik dan insurans bagi penghantaran minyak mentah itu ke negara yang melambung tinggi akibat konflik. – UTUSAN 

The post Kerajaan tanggung subsidi bahan api RM40b appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved