Kerajaan Terengganu umum bonus RM500 untuk penjawat awam negeri

LocalPolitics
13 Nov 2025 • 2:52 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Lebih 14,000 penjawat awam Terengganu terima bonus RM500, diumumkan Menteri Besar dalam sesi penggulungan Belanjawan 2026

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri.

Bonus itu diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar semasa sesi penggulungan perbahasan Enakmen Perbekalan 2026 di Dewan Undangan Negeri.

Lebih 14,000 penjawat awam negeri akan menerima pemberian bonus tersebut.

“Kerajaan negeri bersetuju memberikan bonus sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri Terengganu,” katanya tanpa memperincikan pelaksanaan pemberian itu.

Dewan Undangan Negeri Terengganu meluluskan Belanjawan 2026 secara sebulat suara hari ini.

Belanjawan bertemakan “Memacu Potensi Melonjak Prestasi” itu memperuntukkan RM1.938 bilion untuk Perbelanjaan Mengurus.

Ia turut memperuntukkan RM450 juta bagi Perbelanjaan Pembangunan dengan hasil dianggarkan RM1.998 bilion. – Bernama