Penjawat Awam Johor Terima Bonus Dua Bulan Gaji

LocalPolitics
13 Nov 2025 • 2:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penjawat Awam Johor Terima Bonus Dua Bulan Gaji

JOHOR BAHRU — Seramai 17,454 penjawat awam negeri Johor bakal menerima bonus dua bulan gaji yang akan disalurkan pada Disember ini.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sewaktu membentangkan Belanjawan Johor 2026 berjumlah RM2.55 bilion dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail, hari ini.

“Tidak dilupakan juga, sebagai tanda penghargaan atas dedikasi dan usaha luar biasa penjawat-penjawat awam negeri Johor, saya dengan sukacitanya mengumumkan pemberian Insentif Khas Penjawat Awam Negeri sebanyak 2 bulan gaji kepada kakitangan Kerajaan Negeri Johor serta kakitangan awam Persekutuan yang dibayar gaji oleh Kerajaan Negeri Johor yang akan disalurkan pada bulan Disember ini,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan seramai 140,185 penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Johor, akan menikmati Insentif Khas bernilai RM500.

Katanya, insentif yang melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM70.1 juta itu merupakan insentif pertama Johor kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri itu.

Dalam masa yang sama, beliau berharap pemberian insentif berkenaan dapat menjadi pemangkin motivasi untuk terus meningkatkan kecemerlangan dalam perkhidmatan.

Sumber: Facebook Onn Hafiz Ghazi

BACA: Rodrigo Holgado Ditamatkan Kontrak – Media Antarabangsa

The post Penjawat Awam Johor Terima Bonus Dua Bulan Gaji appeared first on Siakap Keli.