Kerajaan Teruskan Program Jimat Air 4.0 – Beri Rebat Sehingga RM400 Untuk Produk Cekap Air Melalui Shopee

TechnologyDigital
13 Mar 2023 • 6:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kerajaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara kini meneruskan program Jimat Air 4.0. Melaluinya, kerajaan menawarkan rebat kepada pembelian atau peralihan kepada produk cekap air, sekaligus mendidik serta meningkatkan kesedaran awam berkenaan penggunaan air secara berhemat.

image is not available

Program ini dilaksanakan dalam usaha mengurangkan kadar penggunaan air domestik oleh orang ramai. Pada 2021 lepas, setiap individu menggunakan sekitar 251 liter air sehari. Penggunaan tersebut agak tinggi, berbanding sasaran menjelang 2030 untuk menjadikan penggunaan sekitar 160 liter sehari untuk setiap individu.

image is not available

Dibawah Program Jimat Air 4.0 ini, kerajaan memperuntukkan rebat berjumlah RM100,000 yang boleh ditebus melalui Shopee.

Jimat Air 4.0 ini menawarkan rebat sehingga RM200 untuk pembelian mesin basuh baharu, atau sehingga RM150 untuk pembelian peralatan tandas, dan diskaun 50% atau potongan sehingga RM50 untuk pembelian kepala paip air, atau kepala paip pancuran.

image is not available

Bagi anda yang berhasrat melakukan pertukaran peralatan air, boleh menyemak program Jimat Air 4.0 di Shopee. Pihak Shopee menyatakan baucar akan dikreditkan ke akaun Shopee yang telah disahkan ShopeePay bermula 23 Mac 2023 kelak, dan seterusnya boleh digunakan ketika membeli di platform tersebut.

Pastikan anda menyemak label Skim Pelabelan Produk Cekap Air untuk memastikan produk tersebut tertakluk dibawah program Jimat Air ini.