“Kerajaan Tidak Akan Berhenti Usaha, Akan Rangka Dasar Wajibkan Pengehad Kelajuan Untuk Kenderaan Berat” – Anthony Loke

LocalPolitics
10 Jun 2025 • 2:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Susulan insiden melibatkan kemalangan maut pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di jalan Gerik-Jeli sewaktu menaiki bas, kerajaan kini sedang merangka dasar baru termasuk mandatori pengehad kelajuan (speed limiter) untuk kenderaan berat.

 

 

image is not available

Ia merupakan langkah keselamatan jalan raya yang mahu diambil oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan kini sedang diteliti secara menyeluruh, termasuk mekanisme bagi menutup sebarang ruang manipulasi apabila ia sudah dikuatkuasakan nanti.

Kami komited untuk melindungi pengguna jalan raya, terutamanya daripada ancaman pemandu tidak bertanggungjawab dan kenderaan berat yang tidak memenuhi piawaian keselamatan ditetapkan.

image is not available

image is not available

image is not available

Kemalangan maut yang melibatkan bas sewa khas dan sebuah kenderaan MPV jenis Perodua Alza dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak telah membuatkan satu Malaysia berdukacita.

Difahamkan, tragedi berkenaan turut mengakibatkan 33 lagi cedera.

image is not available 3 hours ago

"Pemandu Bas Bawa Pelajar UPSI Ada 18 Rekod Saman & 21 Saman Bas" - Polis