Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Haramkan Waze – Anwar

LocalPolitics
23 Oct 2026 • 3:16 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Haramkan Waze – Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) — Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengharamkan sepenuhnya penggunaan aplikasi navigasi Waze di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata langkah itu mungkin dilakukan selepas kerajaan meneliti alternatif bagi menggantikan Waze, termasuk keupayaan tempatan untuk membangunkan aplikasi seumpamanya yang mampu berfungsi dengan baik.

“Isu Waze ini isu berat bagi kita kerana pertamanya, ibu pejabatnya itu di Israel. Kedua, dalam perjanjian penggunaan aplikasi itu, jika ada masalah, itu undang-undang Israel yang tentukan. Itu menyebabkan mengapa saya ambil tindakan agak spontan (larang penggunaan Waze).

“Hal ini tak boleh nak tangguh, satu hari pun tak boleh. Ada orang kata patut sabar dulu, semak dulu. Saya kata dah sah kalau gunakan Waze, maknanya secara automatik dia menyerahkan semua maklumat kepada Israel. Jadi ini soal keselamatan rakyat dan negara, saya tidak boleh kompromi,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Mustaqim, Taman Nirwana di sini hari ini.

The post Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Haramkan Waze – Anwar appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved