Kerajaan tidak tolak penubuhan RCI siasat dakwaan 'Mafia Korporat' - Saifuddin 

LocalPolitics
3 Nov 2026 • 12:05 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kerajaan tidak tolak penubuhan RCI siasat dakwaan 'Mafia Korporat' - Saifuddin  Image from: Kerajaan tidak tolak penubuhan RCI siasat dakwaan 'Mafia Korporat' - Saifuddin  hamden03/11/2026 - 12:05 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 3 Nov - Kerajaan tidak menolak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan berkaitan kegiatan mafia korporat sekiranya terdapat asas dan keperluan yang jelas untuk suatu siasatan yang lebih menyeluruh, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution.

 

Beliau berkata, Kerajaan berpandangan perkara itu perlu dilihat berdasarkan kemunasabahan untuk melanjutkan siasatan termasuk mengenal pasti skop yang benar-benar perlu diteliti.

 

"Kerajaan tidak menolak keperluan tersebut sekiranya terdapat asas dan keperluan yang jelas untuk suatu siasatan yang lebih menyeluruh, serta butiran-butiran fakta yang kukuh telah dikenal pasti," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web rasmi Parlimen Malaysia pada Isnin.

 

Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai perkembangan siasatan mafia korporat dan adakah kerajaan bersedia menubuhkan sebuah RCI untuk menangani isu tersebut.

 

Saifuddin berkata, kerajaan akan terus memastikan sebarang dakwaan yang mempunyai asas diteliti secara telus dan tindakan sewajarnya diambil berdasarkan undang-undang, tanpa mengira kedudukan atau latar belakang mana-mana pihak (without fear and favour).

 

Beliau menambah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, telah menjalankan Op Viking susulan maklumat dan risikan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram.

 

Katanya, satu kertas siasatan telah dibuka pada 14 Oktober 2025 di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] (AMLATFPUAA 2001). 

 

PDRM seterusnya telah mengambil tindakan seperti penahanan beberapa individu serta membekukan dan menyita pelbagai aset yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti yang sedang disiasat.

 

"Setakat 25 September 2026, sebanyak (70) orang individu telah dipanggiluntuk dirakam keterangan. 

 

"PDRM turut melakukan tindakan pembekuan dan penyitaan yang melibatkan 8 bidang hartanah, 11 buah kenderaan,417 buah akaun-akaun Central Depository System (CDS), 70 buah akaun-akaun dagangan saham berjumlah kira-kira RM 323.59 juta serta 404 buah akaun-akaun bank berjumlah kira-kira RM 85.62 juta," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved