Kerajaan UK belanja lebih RM714 juta untuk laluan haiwan dikritik

WorldEnvironment
21 Aug 2026 • 2:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerajaan UK belanja lebih RM714 juta untuk laluan haiwan dikritik

LONDON: Lebih £130 juta (RM714 juta) wang pembayar cukai telah dibelanjakan untuk pembinaan laluan rentas haiwan di seluruh United Kingdom (UK). Ia termasuk £12 juta (RM65.9 juta) untuk laluan ‘le­buh raya ikan’ yang tidak dipantau keberkesanannya.

Perbelanjaan besar tersebut merangkumi beberapa projek yang direka khas bagi membantu hidupan liar melintas jalan raya, landasan kereta api dan sungai tanpa diancam bahaya.

Lebuh raya ikan’ di Nottingham dengan laluan sepanjang 200 meter di Sungai Trent dibina oleh Agensi Alam Sekitar untuk membantu ikan salmon dan spesies berhijrah melepasi benteng banjir Colwick. 

Walaupun beroperasi sejak 2024, tiada pemantauan rasmi dijalankan, sekali gus menimbulkan keraguan berhubung keberkesanannya.

Antara projek lain yang mencetuskan kontroversi iaitu terowong kelawar HS2 di Buc­kinghamshire yang menelan kos £114 juta (RM626 juta) sepanjang satu  kilometer. Terowong itu dibina berhampiran laluan kereta api berkelajuan tinggi dan telah menelan kos paling tinggi sejak pembinaannya bermula pada 2024.

Selain itu, jambatan hijau A3 di Cobham, Surrey menelan kos £3.7 juta (RM20.3 juta). Ia merupakan jambatan khas untuk hidupan liar melintasi jalan raya utama.

Pengarah Kempen TaxPa­yers’ Alliance, William Yarwood, menyelar perbelanjaan tersebut dan menyifatkannya sebagai punca projek infrastruktur di UK menjadi antara yang termahal selainpaling kerap tergendala di dunia.

“Masyarakat mahukan wang cukai digunakan untuk membaiki jalan berlubang dan membiayai perkhidmatan asas, bukannya membina lebuh raya haiwan dengan kos melampau,” kata Yarwood.

Projek di Nottingham turut menerima kritikan hebat daripada penduduk tempatan di media sosial. 

Ada yang mendakwa laluan tersebut hanya memudahkan kawanan burung berkumpul dan memakan ikan-ikan. Sebahagian lagi berpendapat dana itu sepatutnya disalurkan untuk memperkasa benteng pertaha­nan banjir. – AGENSI

 

The post Kerajaan UK belanja lebih RM714 juta untuk laluan haiwan dikritik appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved