Kerajaan Umum Pemberian Kuota Data Minima 5GB Percuma Untuk Semua Pada Hari Raya Aidilfitri Pertama

TechnologyDigital
26 Mar 2025 • 3:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan program “Insentif Rebat Rahmah” bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri. Melaluinya, semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi berwarganegara Malaysia akan menerima kuota data tambahan minimum 5GB secara percuma, pada Hari Raya Aidilfitri pertama.

image is not available

Insentif ini dilangsungkan buat julung kali pada tahun ini, dan melibatkan syarikat telekomunikasi CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Pavo Comms, Tune Talk, redONE, REDtone, dan juga XOX Com.

Penawaran ini meliputi untuk pengguna prabayar dan pascabayar. Maklumat lanjut berkenaan insentif ini akan diumumkan syarikat telekomunikasi masing-masing dalam masa terdekat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved