Kerajaan yakin SPRM siasat Adun Sabah secara adil

LocalPolitics
25 Jun 2025 • 11:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Larry Ralon

Kota Kinabalu: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kerajaan memberi kepercayaan penuh kepada agensi penguatkuasaan terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan siasatan dan mendakwa di mahkamah sekiranya terdapat bukti dan saksi boleh dipercayai.

Beliau berkata, sistem keadilan negara membolehkan proses undang-undang dilaksanakan secara adil dan telus, termasuk memberi peluang kepada individu yang dituduh untuk membersihkan nama mereka di mahkamah.

“Kalau ada saksi dan bukti untuk menafikan dakwaan pihak pendakwaan, maka bersihkanlah nama di mahkamah. Itu juga yang saya sendiri telah lakukan,” katanya selepas merasmikan Program Pemerkasaan Wanita Sabah 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, Selasa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung penahanan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah dan seorang ahli perniagaan berkaitan isu pemberian lesen perlombongan di Sabah.

Pada Isnin, SPRM menahan seorang Adun disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM150,000 berkaitan permohonan lesen perlombongan.

Suspek berusia 40-an itu ditahan pada jam 9.30 pagi ketika hadir untuk memberikan keterangan di pejabat SPRM Sabah.

“Suspek yang memegang jawatan Pembantu Menteri itu dipercayai melakukan kesalahan tersebut antara tahun 2023 hingga 2024.

“Siasatan juga mendedahkan suspek didakwa meminta dan menerima sekitar RM150,000 daripada seorang individu bergelar ‘Datuk’ sebagai balasan bagi melancarkan proses permohonan lesen perlombongan di negeri ini,” kata sumber.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, mengesahkan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000 bersama seorang penjamin selepas keterangannya diambil dan akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Pada 18 Jun lalu, seorang ahli perniagaan dan seorang lagi Adun bergelar “Datuk” turut dilaporkan ditahan SPRM kerana disyaki terlibat dalam permintaan dan penerimaan rasuah berkaitan perkara sama.

Kedua-duanya kemudiannya dilepaskan dengan jaminan masing-masing RM100,000 dan RM50,000 selepas memberikan keterangan.