Kerana Tabung Kecemasan Nad Zainal, Netizen Kecam Netizen Yang Toksik, Mulut Longkang! 

1 Dec 2022 • 1:04 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Instagram Aeril Zafrel

Sejak semalam, ramai rakan-rakan artis yang telah menyebarkan maklumat tentang Tabung Kecemasan Nad Zainal melalui media sosial masing-masing khususnya Instagram. 

Salah seorang daripadanya adalah Aeril Zafrel. Namun, hantaran yang dimuat naik Aeril itu telah menerima kecaman daripada segelintir netizen yang mempertikaikan usaha Ungku Ismail dan rakan-rakan artis lain untuk mengutip derma bagi membiaya kos rawatan Nad Zainal. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Aeril Zafrel (@aeril_zafrel)

Antara komen-komen tersebut adalah: 

"Aik, artis pun minta tolong derma jugak ke? Bukan ke artis ni dah ada pertubuhan? Kenapa sampai nak minta derma 1 Malaysia. Buat malu je org tengok. Artiskan banyak yang kaya raya, so tak perlu kot nak minta derma?"

image is not available
Tangkapan layar komen Instagram

"Kenapa mesti nak kutip derma sedangkan Nad Zainal adalah seorang artis? Kenapa nak kutip derma sedangkan ada insurans? Kenapa mesti masuk hospital swasta kerana ia memerlukan kos biaya rawatan yang mahal? Masuk hospital swasta memang mahal, tapi mana kelas masuk hospital kerajaan! "

Disebabkan itu, sebahagian netizen telah mengecam netizen yang mengeluarkan komen-komen yang berbaur negatif, toksik dan ‘mulut longkang’ ini. 

image is not available
Tangkapan layar komen Instagram

Kata mereka, "Kalau hendak derma-derma sahajalah. Kalau tidak mahu, lebih baik diam. Tiada paksaan! Tidak miskin kalau derma RM1. Ia tetap derma dan mampu menjadi saham akhirat. Kalau tak mau derma wang ringgit, cukup sekadar doa."

Perbalahan sesama netizen itu menyebabkan ramai yang meminta Aeril untuk menutup ruangan komen. – Getaran, 1 Disember 2022