Kerana Tarif Trump Pengeluaran Telefon Pintar Dunia Kini Diramalkan Meningkat 1.9% Sahaja

TechnologyDigital
5 Jun 2025 • 3:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Counterpooint sebelum in meramalkan pengeluaran telefon pintar global akan meningkat 4.2% pada tahun 2025 berbanding 2024. Tetapi disebabkan pengenalan Tarif Trump dua bulan lalu, Counterpoint kini mengeluarkan ramalan baharu peningkatan sekadar 1.9% sahaja. Ini kerana walaupun pengeluaran di pasaran lain meningkat sehingga 6%, untuk pasaran Amerika Utara ia dijangka susut -3%.

image is not available

Impak tarif ini bukan sekadar ke atas pasaran Amerika Syarikat sahaja kerana sudah dapat dilihat pengeluar menaikkan harga produk mereka di pasaran lain bagi menyebarkan kos ke seluruh dunia sekaligus mengurangkan peningkatan harga di Amerika. Walaupun Presiden Trump bersetuju mengurangkan tarif ke atas China sebanyak 115% tetapi kemudian beliau mengancam mengenakan tarif minima 25% ke atas iPhone dan peranti Android yang tidak dikilangkan di China.

Sejak dari awal Trump berkata tarif adalah bagi memaksa syarikat luar mengembalikan pengilangan ke dalam negara. Tetapi penganalisa sudahpun menyatakan membayar tarif masih lebih murah berbanding memindahkan pengilangan ke Amerika. Amerika tidak mempunyai kilang, rantaian bekalan, kepakaran dan tenaga kerja mahir untuk menghasilkan telefon pintar dalam masa yang singkat. ketika ini.