Kerap Dapat Mesej Dari ‘Fake Account’ Isu Hamilkan Wanita, Ismail Izzani Mahu Ambil Tindakan

Entertainment
13 Jun 2023 • 4:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Susulan namanya terpalit isu kontroversi hamilkan wanita baru-baru ini, penyanyi, Ismail Izzani tidak mahu membuat sebarang penjelasan untuk mempertahankan dirinya.

Menurut Ismail, kali ini dia bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang dikatakan cuba menuduh dan mencalarkan nama baiknya.

image is not available

“Isu tersebut bermula dengan komen netizen yang menyebut nama saya tapi dia sebut mungkin disebabkan saya banyak buat hal sejak akhir-akhir ini.”

“Selepas berbincang dengan keluarga dan pihak pengurusan, saya mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang sebut nama saya kerana ia tidak benar,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Ismail turut tidak menolak tanggapan bahawa ada pihak yang tidak berpuas hati dengannya kerana dia dipercayai pernah menerima mesej berbaur ugutan daripada seorang wanita yang tidak dikenali.

Tambahnya, dia masih boleh bersabar dengan gangguan yang dilakukan wanita tersebut kerana ia belum lagi sampai ke tahap yang memudaratkan diri serta keluarganya.

image is not available

Ismail juga mendedahkan bahawa dia pernah menerima mesej daripada fake account yang bercakap tentang bomoh dan ada individu yang sanggup membuat akaun baru untuk menghantar mesej kepadanya.

Dalam pada itu, Ismail hanya mampu menerima segala ujian yang diberikan serta menganggap perkara ini sebagai cabaran meskipun kontroversi melandanya seolah-olah tidak berkesudahan.

Ini juga membuatkan dia lebih menjaga pergaulan dan tingkah laku kerana tidak tahu siapa yang mempunyai niat tidak baik kepadanya.

Terdahulu, nama Ismail telah dikaitkan dengan dakwaan seorang wanita yang mendakwa seorang artis lelaki enggan bertanggungjawab setelah menghamilkan dirinya sebelum mendesak agar dia menggugurkan kandungan tersebut.

Sebab tulah tak elok kita tuduh tanpa bukti.

Sumber: mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.