Kerap ikut majlis agama, Nora Danish kongsi detik penghijrahan

17 Jul 2024 • 10:25 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon terkenal, Nora Danish memberitahu kerap ikut majlis agama sejak Mei tahun lalu antara faktor penghijrahannya untuk tampil berhijab.

Menurut laporan Berita Harian, Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif berkata hasrat untuk mengenakan hijab mulai tercetus sejak usia 40 tahun namun, hatinya berbolak balik pada ketika itu.

Kerap ikut majlis agama

image is not available

“Rakan baik saya, Betty Rahmad kerap menganjurkan majlis ilmu di kediamannya. Biasanya, sebulan sekali saya akan sertai jika tiada urusan lain.

“Tetapi, apabila pulang, saya kadangkala malu dengan diri sendiri kerana masih tidak berubah walaupun kerap mendengar ceramah agama.

“Perkara itu sedikit sebanyak menjadi penyebab untuk saya melakukan perubahan ini,” katanya.

Ujar pelakon filem Cuti-Cuti Cinta itu lagi, dia akui masih dalam proses untuk menjadi seorang muslimah yang baik dan berharap kekal istiqamah dalam menutup aurat.

image is not available

“Ramai yang mendoakan perkara ini sebelum ini. Tetapi, saya belum bersedia hendak beri komen. Saya ini pun masih baharu dan bimbang dituduh riak.

“Saya masih belajar dan perlahan-lahan menjadi muslimah lebih baik. Saya sedang cuba kerapkan diri untuk hadir majlis agama untuk mendapatkan ilmu.

“Ibu adalah insan pertama yang terkejut dan menitiskan air mata apabila melihat perubahan ini,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, bekas suami, Nedim Nadzri turut terkejut dengan perubahannya dan memberi sokongan meneruskan penampilan baharu tersebut.

Kerap ikut majlis agama

image is not available

“Saya pakai tudung pada hari dia masuk hospital. Sudah tentu dia gembira, malah, puji saya cantik bertudung.

“Saya ada terfikir semua yang berlaku ini adalah dugaan untuk saya, terutama ketika diuji bekas suami sedang sakit.

“Jadi, saya ambil hikmah ini dan nekad untuk berubah,” tambahnya lagi.

Terdahulu, nama Nora Danish menjadi bualan hangat ramai apabila dia tampil dengan imej berhijab dan meminta orang ramai untuk mendoakannya kekal istiqamah.

image is not available

Sekadar info, Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan bercerai pada 16 Jun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Neqayl, enam tahun.

Sumber: Berita Harian (Farihad Dhalla Mahmud)