Kerap Tampil Dalam Iklan Raya Tahun Ini, Beto Kusyairy Mohon Maaf Jika Ada Yang Muak & Jelak

Entertainment
6 Apr 2024 • 1:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Iklan raya atau filem pendek sempena raya Aidilfitri sememangnya menjadi antara yang paling ditunggu-tunggu oleh kita kan. Selalunya iklan-iklan raya ini akan ditayangkan di YouTube beberapa hari sebelum hari raya, barulah semangat nak sambut lebaran tu makin dirasai kan.

Kalau anda perasan, tahun ini memang banyak iklan atau filem pendek raya yang menampilkan pelakon berbakat dan popular iaitu Beto Kusyairy. Antaranya, iklam raya baju Melayu Elrah, iklan raya BHPetrol, Agrobank, Adabi dan Furvit Pet.

Malah, iklan raya ASDF juga turut menampilkan Beto sehingga ada pengguna media sosial X yang dikenali sebagai wansyazwanaa telah menyenaraikan iklan-iklan raya yang dibintangi oleh Beto pada tahun ini.

Sebagai respon kepada thread di X tersebut, Beto kemudiannya memohon maaf jika ada warganet yang muak atau jelak melihat wajahnya dalam pelbagai iklan dan filem pendek raya sempena Aidilfitri tahun ini.

Namun, rata-rata warganet dan peminat Beto mengatakan bahawa mereka tidak pernah muak melihat pelakon yang berbakat tinggi seperti Beto di kaca televisyen atau YouTube.

Ini kerana menurut warganet, pengarah tidak akan mengambil Beto untuk membintangi sesuatu naskah jika lakonannya tidak bagus.

image is not available

image is not available

Korang dah tengok ke semua iklan raya untuk lebaran tahun ni?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.