Kerap Terima Soalan Sama, Mia Sara Nasuha Mula ‘Rimas’ - “Boleh Tak Berhenti Tanya Kenapa Tak Berlakon Dah?”

17 Jul 2025 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sudah lama tidak aktif dalam dunia lakonan, pelakon Mia Sara Nasuha mengakui dia berasa letih untuk menjawab soalan yang sama mengenai perkara itu.

Berhenti bertanya 

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Mia Sara berharap semua pihak berhenti bertanya mengenai keputusannya untuk tidak lagi berlakon.

 

“Boleh tak berhenti tanya kenapa tak berlakon dah? Sebab boleh. Penat dah nak jawab soalan sama,” kata Mia Sara.

 

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa rindu melihat lakonan Mia Sara Nasuha ketika zaman kanak-kanaknya namun memahami keputusan pelakon itu untuk tidak aktif berlakon.

Malah ada juga netizen berpendapat kemungkinan Mia Sara enggan lagi berlakon disebabkan dia mahu berehat dan melakukan apa yang dimahukan sekarang.

 

Mia yang pernah memenangi anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia yang ke24 dan 27 itu kini lebih aktif dalam dunia laman sosial sebagai seorang pempengaruh.

@miasaranasuha

penat dah nak jawab soalan sama

♬ original sound - Mia Sara Nasuha

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved