Tak Kejar Tempat Pertama, Murid Tolak Kerusi Roda Rakan Sambil Lari Rentas Desa

27 Feb 2025 • 11:27 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Tak Kejar Tempat Pertama

Seorang murid tolak kerusi roda rakan sambil lari rentas desa tanpa memikirkan untuk mengejar tempat pertama dalam acara sukan terbabit.

Menerusi video dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai qalmuhd telah memuat naik video seorang murid lelaki telah menolak kerusi roda rakannya yang kurang upaya (OKU) sambil berlari.

@qalmuhd

Abang bangga dengan awak dik, tidak semua orang mampu lakukan macam mana yang awak lakukan kawan awak mesti tak rasa yang dia kekurangan, kerana dalam kekurangannya hadir nya insan seperti awak yang mampu beri kelebihan pde dirinya, Semoga Awak berdua Berjaya dunia dan akhirat#fyp #xyzbca #sahabatsampaisyurga #merentasdesa #foryoupage

♬ Sahabat Tak Akan Pergi – Betrand Peto Putra Onsu & Anneth

Murid tolak kerusi roda rakan sambil berlari

Pengguna TikTok berkenaan menyatakan yang dirinya bangga melihat momen tersebut apabila semangat setia kawan murid-murid berkenaan cukup kuat.

“Abang bangga dengan awak dik, tidak semua orang mampu lakukan macam mana yang awak lakukan,

“Kawan awak mesti tak rasa yang dia kekurangan, kerana dalam kekurangannya hadir nya insan seperti awak yang mampu beri kelebihan pde dirinya tulisnya.

Murid tolak kerusi roda rakan ketika rentas desa

Dapat dilihat murid berkenaan sangat bersungguh-sungguh menolak rakannya yang turut membantu melajukan pergerakan agar mereka dapat segera ke garisan penamat.

image is not available

Semoga urusan adik dipermudah

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing mengakui terharu dan bangga dengan usaha murid berkenaan dalam membantu rakannya.

Mereka juga mendoakan supaya agar segala urusan mereka dipermudah dan menyatakan bahawa murid-murid terbabit sememangnya sudah menang tanpa bertanding.

image is not available

 

Sebak tengok video macam ni

image is not available

Mereka dah menang tanpa bertanding

image is not available

 

Semoga mereka berdua terus kekal bersahabat dan menjadi contoh kepada masyarakat diluar sana berkenaan rasa sayang kepada mereka yang istimewa.

Sumber: TikTok qalmuhd