
Peniaga buah potong yang kerap tular di media sosial, Pokli Colek Bismillah dikhabarkan telah meninggal dunia apabila perkara itu dimaklumkan sendiri anaknya di laman TikTok colekbismillahhq.
Menerusi hantaran tersebut, anaknya memohon orang ramai agar dapat sama-sama menyedekahkan surah al-Fatihah kepada bapanya, Jihad Husin atau lebih dikenali sebagai Pak Cik Bismillah selepas menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 8.35 pagi tadi.
@colekbismillahhq Assalamualaikum semua, mohon sedekahkan Al Fatihah kepada ayah ambo , Pok Cik Bismillah yang telah pergi ke Rahmatullah 8.35 pagi tadi Al Fatihah
♬ original sound - COLEK BISMILLAH.HQ - COLEK BISMILLAH.HQ
Khabar pemergian tular di media sosial
Dalam pada itu, Facebook Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan juga menyampaikan khabar duka tersebut dengan menyertakan sekali doa agar Allah S.W.T terus merahmati roh allahyarham.
Pokli Colek Bismillah kerap tular di media sosial
Pokli Colek Bismillah kerap menjadi tumpuan di media sosial apabila video sewaktu dia berniaga buah potong berjaya mengiurkan ramai sehingga menjadi tarikan pelancong setiap kali ke Kelantan.
Dia yang sudah berusia masih kuat mencari rezeki dengan menjual colek buah dengan harga yang berpatutan serta kuantiti yang memuaskan hati para pembeli.
@colekbismillahhq COLEK BISMILLAH #colekbismillah #colekbuahviral #colekpokcikbismillah #foodreview #resepisimple #mukbang #fyp #foodies #foodhunting #colekbismillahpokli
♬ original sound - COLEK BISMILLAH.HQ - COLEK BISMILLAH.HQ
Innalillahiwainailahirajiun, salam takziah buat keluarga
Susulan daripada berita pemergiannya, ruangan TikTok colekbismillahhq telah dipenuhi dengan ucapan takziah daripada netizen di media sosial dan mendoakan agar allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Ada juga di antara pelanggannya mengucapkan terima kasih kerana menjual colek buah yang sedap dan sangat baik melayan para pembeli.

Arwah orangnya sangat baik

Ada yang baru cadang nak pergi makan situ

Semoga ahli keluarga yang ditinggalkan tabah menghadapi ujian ini dan diharap amal sedekah yang dilakukan sepanjang hidup mendapat ganjaran besar oleh Allah S.W.T di akhirat nanti.
Salam takziah buat keluarga Pokli Colek Bismillah.
Sumber: TikTok colekbismillahhq, Facebook Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan



