“Lepas text, terus remove dari group” – Ibu Dakwa Anak M*ninggal Dunia Di Bawah Jagaan Taska

Entertainment
8 Jan 2025 • 3:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini, tular satu hantaran di mana seorang ibu mendakwa anaknya yang berusia 4 bulan meninggal dunia ketika di bawah jagaan taska.

Dalam beberapa hantaran di akaun Instagram @yyunirahman baru-baru ini, anak keduanya yang dikenali sebagai Handzalah itu meninggal dunia tanpa diberitahu sebab atau punca secara terperinci oleh pihak taska.

Tangkap layar mesej WhatsApp ibu itu kepada pihak taska menyatakan bahawa anaknya diabaikan ketika di bawah jagaan mereka, pihak taska juga tidak menerangkan serta mengambil tindakan lanjut susulan insiden itu.

Malah, pihak taska hanya memberitahu anaknya meninggal dunia berpunca daripada Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).

“Kalau sebab kematian SIDS sekalipun, masih boleh dicegah kalau ada orang jaga sepanjang masa.

Cikgu tinggal dalam bilik dan tahu tak berapa lama? Sampai anak saya susah nak bernafas? Sampai terbuang air besar sebab sakit?

Akhirnya, saya tukar lampin semasa dia hidup sebelum saya hantar pergi taska pukul 9 pagi. Lapan jam kemudian, saya kena tukar lampin dia dalam keadaan sudah meninggal,” tulisnya.

Difahamkan, ibu dan bapa kepada bayi tersebut sudah pun membuat laporan polis dan bakal mengambil tindakan terhadap taska yang terletak di Saujana Putra, Jenjarom, Selangor itu.

Al-Fatihah

Sumber: Instagram, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.