Kerentanan WiFi Pada Sistem Operasi Windows Membolehkan Perisian Hasad Dipasang Tanpa Sebarang Input

TechnologyDigital
13 Jun 2024 • 6:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft baru-baru ini telah memperbaiki satu isu kerentanan pada sokongan WiFi sistem operasi Windows 11 yang membolehkan penggodam untuk memasang perisian hasad apabila komputer riba disambungkan kepada rangkaian WiFi terbuka.

Secara ringkasnya, seorang penggodam hanya perlu menyambungkan komputer mereka kepada rangkaian WiFi yang sama, ataupun menggunakan muslihat untuk membolehkan sesiapa sahaja untuk menyambungkan komputer riba mereka ke rangkaian terbuka yang sedia hadir dengan perisian hasad ini.

Dengan kerentanan ini, penggodam tidak perlu melakukan apa-apa selepas itu, kerana sebarang perisian ataupun kod hasad boleh dimuat-naik terus kepada komputer riba tersebut, dan ia akan melepasi sebarang proses dan protokol sekuriti tanpa sesiapa pun sedar tentang apa yang sedang berlaku.

Microsoft dilaporkan telah menutup kerentanan ini melalui kemaskini CVE-2024-30078 dan mengatakan bahawa tiada eksploitasi yang menggunakannya buat masa ini, tetapi telah menasihatkan para pengguna untuk memuat-turun kemaskini sekuriti terbaru.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved