Microsoft Membuka Semula Akses Windows 10 Beta

TechnologyDigital
6 Jun 2024 • 11:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semua sedia maklum yang sistem operasi Microsoft kegemaran ramai iaitu Windows 10 akan ditamatkan sokongan rasmi bermula 14 Oktober 2025. Microsoft turut akan membenarkan pengguna meneruskan penggunaan Windows 10 selepas tarikh ini melalui program Extended Security Updates (ESU), tetapi memerlukan bayaran. Terkini, Microsoft telah membuka semula akses kepada Windows 10 Beta selepas sekian lama ditutup.

image is not available

Namun begitu, akses kepada versi percubaan ini hanya terhad kepada saluran Beta untuk menguji ciri baharu pada Windows 10 22H2. Ciri baharu ini lebih memfokuskan kepada sekuriti dan juga mengoptimasikan sistem operasi agar sesuai menjalankan Copilot dengan lancar. Menyertai Beta ini tidak akan mengemaskini Windows 10 ke Windows 11, tetapi jika menyertai saluran Dev atau Canary peranti anda akan terus dikemaskini ke Windows 11.

Terdapat lebih 1 bilion komputer menjalankan Windows 10, sementara hanya sekitar 400 juta yang menjalankan Windows 11. Adakah anda antara pengguna Windows 10 atau sudah beralih ke Windows 11 yang kini dalam persiapan menjadi sistem operasi AI?