Kereta Axia Rosak Teruk, Penyewa Sewa 15 Hari Rupanya Buat Punggah Kelapa Sawit

LocalCars
4 Jan 2025 • 1:47 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kereta sewa

Seorang pengusaha kereta sewa di Sabah, Salvisteh Sal, meluahkan rasa kecewanya di media sosial selepas kenderaannya mengalami kerosakan teruk akibat tindakan penyewa tidak bertanggungjawab.

Kejadian itu melibatkan kereta jenis Perodua Axia yang dipulangkan dalam keadaan menyedihkan dengan kesan perlanggaran, tayar botak, bampar pecah, dan bahagian dalaman kotor. Lebih mengecewakan, lampu indikator amaran enjin juga menyala.

Sewa Axia buat punggah sawit

Menurut Salvisteh, usaha untuk berhubung dengan penyewa menemui jalan buntu apabila nombor telefonnya disekat. Malah, penyewa tersebut telah melarikan diri tanpa sebarang ganti rugi.

Dengan penuh rasa kesal, pengusaha kereta sewa ini mahu individu terbabit bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kerosakan yang telah dibuat.

Jumpa sabit, tombak dan parang dalam bonet

image is not available

Dia hanya akan memadam posting jika bayaran ganti rugi penuh sudah dibuat. Malah, laporan polis telah dibuat untuk tindakan selanjutnya.

Lebih mengejutkan, hasil pemeriksaan lanjut di dalam kereta mendapati terdapat alatan seperti sabit, tombak dan parang disimpan dalam bonet dipercayai untuk aktiviti memunggah buah sawit.

#OhmediaNasihat

Menguruskan perkhidmatan kereta sewa memerlukan kewaspadaan tinggi. Pastikan dokumentasi lengkap dan pemeriksaan latar belakang penyewa dilakukan sebelum menyerahkan kenderaan. Ingat, langkah pencegahan seperti kontrak yang jelas dan deposit keselamatan adalah kunci untuk mengelakkan kerugian besar.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Facebook Salvisteh Sal