Pemilik ‘pening’ kereta rosak, individu sewa Axia buat punggah kelapa sawit

LocalCars
4 Jan 2025 • 1:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Seorang pemilik kereta pening kepala melihat keadaan kenderaannya apabila ada pelanggan sewa Axia buat punggah kepala sawit.

Menerusi hantaran di Faebook Salvisteh Sal, dia telah menunjukkan keadaan kereta tersebut yang dipenuhi dengan biji-biji sawit yang berguguran serta lantai kereta yang cukup kotor.

Sewa Axia tapi langsung tak bertanggungjawab

Dia yang menyifatkan pelanggan tersebut sebagai penyewa dari neraka juga memuat naik gambar individu yang menyewa kereta Axia tersebut susulan kesal dengan keadaan kereta sewaktu dipulangkan semula.

“Kita sudah beri kemudahan untuk diorang sewa, ini pula diorang buat.

“Inilah kereta yang penyewa buat, langsung tidak bertanggungjawab dan tinggal kereta macam tu sahaja.

“Habis kereta,” ujarnya sambil menunjukkan keadaan kenderaan tersebut yang begitu kotor serta ada kesan remuk.

Sewa Axia, but kereta penuh barangan tajam

Dalam pada itu, dia turut berkongsi beberapa peralatan tajam yang ditemui dalam kereta tersebut dipercayai digunakan sewaktu penyewa terbabit memetik buah sawit di kebun.

Dia turut menunjukkan keadaan kereta yang dipenuhi dengan lumpur serta keadaan tayar yang perlu ditukar disebabkan tindakan tidak bijak penyewa.

Dahla rosak, kotor lagi

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang akui bengang melihat tindakan penyewa yang tidak reti menggunakan harta orang lain dengan sebaiknya walaupun mereka membayar kenderaan tersebut sewaktu tempoh penyewaan.

Mereka juga menyarankan agar pemilik kenderaan tersebut membuat laporan polis kerana ia melibatkan kerosakan yang besar sehingga mengakibatkan kerugian kepada pemberi sewa.

image is not available

Memang hantu punya penyewa

image is not available

Nampak macam diorang guna buat loading kelapa sawit ni

image is not available

Kejadian bulan lalu, dah buat laporan polis

Difahamkan, Salvisteh Sal telah berkongsi tentang kejadian tersebut di Tamu & Bazar Online KM pada 22 Disember 2024 sebelum memuat naik video keadaan kereta di Facebooknya sendiri awal 2025.

image is not available

Dia juga menyatakan sudah membuat laporan polis serta meminta supaya ganti rugi diberikan diatas semua kerosakkan yang sudah dilakukan oleh individu sewa Axia itu.