Kereta berjenama Kia & Hyundai tertentu boleh dicuri dengan kabel USB sahaja

Cars
1 Aug 2022 • 10:32 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Ada satu trend TikTok yang sedang viral di Amerika Syarikat. "Kia Challenge" adalah cabaran yang mengajak orang untuk mencuri kereta berjenama Kia ataupun Hyundai. Sebab kenapa Kia menjadi sasaran adalah pemula trend mendapati ia sangat mudah untuk dihidupkan, semudah menggunakan kabel USB yang dicucuk pada kolum stereng.

Jenama Hyundai terpalit sama adalah disebabkan komponen yang hampir sama digunakan antara dua jenama itu. Model kereta yang terlibat adalah Kia/Hyundai antara tahun 2015 hingga 2021 yang menggunakan kunci fizikal untuk menghidupkan kereta. Jenis keyless tidak termasuk dalam trend ini.

Dalam satu video dokumentari amatur tentang "Kia Boys", salah seorang yang ditemuramah mensimulasikan bagaimana proses mencuri kereta tanpa menceritakan secara terperinci.

Perkara ini berbahaya kerana kemungkinannya merebak ke kawasan lain termasuklah ke dalam Malaysia. Misalnya, pihak polis kawasan St. Petersburg, A.S memberi peringatan melalui akaun Twitter mereka yang sejak 11 Julai 2023, 23 daripada 56 (>41%) kecurian kereta di dalam kawasan perundangan mereka adalah daripada jenama Kia ataupun Hyundai yang menggunakan sistem kunci fizikal.

Ada beberapa saranan telah digariskan bagi mengurangkan risiko kereta anda dibawa lari. Antaranya adalah menggunakan alat pengunci stereng, parkir di tempat cerah dan pasang alat pengera pihak ketiga.

Sumber: Insider