
TAWAU: Seorang wanita, 31, yang sarat mengandung dirawat di Hospital Tawau selepas kereta dinaikinya bersama suami dihempap kayu balak di Sungai Udin, Jalan Merotai - Kalabakan sekitar jam 4.30 petang Rabu.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suami mangsa, 35, yang memandu Toyota Hilux itu tidak cedera.
AdvertisementMenurutnya, insiden berlaku ketika sebuah lori jenis Nissan dengan muatan kayu balak sedang menghala ke Log-Pond dari arah Kalabakan Merotai.
“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba sebatang kayu balak terjatuh dari muatan lori tersebut lalu menghempap bahagian depan Hilux itu.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Akibatnya, kenderaan tersebut mengalami kerosakan teruk. Pemandu lori tidak cedera,” katanya pada Khamis.
Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan menuju ke Luasong dari arah bandar Tawau.
AdvertisementJasmin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu tanpa kecermatan hingga menyebabkan kemalangan.

