Wanita sarat mengandung dirawat di hospital Tawau selepas kereta dihempap kayu balak

20 Feb 2025 • 8:52 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang wanita, 31, yang sarat mengandung dirawat di Zon Kuning Hospital Tawau selepas kereta dinaikinya bersama suami dihempap kayu balak dalam kejadian di Sungai Udin, Jalan Merotai - Kalabakan sekitar jam 4.30 petang, pada Rabu.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suami mangsa, 35, yang memandu kereta jenis Toyota Hilux itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

AdvertisementMenurutnya, insiden berlaku ketika pemandu lori jenis Nissan memuatkan kayu balak sedang menghala ke Log-Pond dari arah Kalabakan Merotai.

"Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba sebatang kayu balak terjatuh dari muatan lori tersebut lalu menghempap bahagian depan Hilux itu sehingga mengalami kerosakan teruk," katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan menuju ke Luasong dari arah bandar Tawau.