Kereta Dinaiki Dihanyutkan Air Deras Di Bintangor, Bomba Berjaya Selamatkan Dua Beradik

1 Mar 2023 • 12:06 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kereta dihanyutkan air deras 50m dari jalan

Kereta Dinaiki Dihanyutkan Air Deras Di Bintangor, Bomba Berjaya Selamatkan Dua Beradik. Dilaporkan dua beradik berjaya diselamatkan bomba pagi tadi setelah kereta dinaiki mereka dihanyutkan air deras.

Difahamkan, kereta dinaiki dua beradik itu dihanyutkan air dalam jarak 50m dari jalan raya akibat air deras disebabkan hujan yang telah berlarutan beberapa hari.

image is not available
Kereta Dinaiki Dihanyutkan Air Deras Di Bintangor, Bomba Berjaya Selamatkan Dua Beradik

Bomba terima panggilan kecemasan pada 2:50AM

Menurut laporan, balai bomba menyatakan bahawa mereka telah menerima satu panggilan kecemasan daripada polis mengatakan sebuah kereta telah dihanyutkan air deras di sepanjang Jalan Skim B.

Difahamkan, pemandu dan penumpang kereta itu yang terdiri daripada dua beradik sedang dalam perjalanan menuju ke Bintangor dari arah Skim B.

Ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian pada 3:06AM, bomba menyedari kereta dinaiki dua orang di dalamnya hanyut kira-kira 50 meter dari tepi jalan.

Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan mereka tanpa sebarang kecederaan setelah pasukan bomba menggunakan tali penyelamat untuk membawa mangsa ke tempat yang selamat.

image is not available
Antara mangsa banjir di kawasan terbabit. Kredit: The Borneo Post

Bersedia untuk berpindah jika perlu

Dalam berita berasingan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyeru orang ramai supaya mematuhi arahan agensi berkaitan supaya berpindah dari rumah dan ke pusat pemindahan banjir yang ditetapkan sekiranya keadaan bertambah buruk.

Katanya, hujan yang telah berlarutan hingga tiga hari telah menjejaskan banyak tempat dan menyebabkan banjir.

image is not available
Uggah bersama mangsa-mangsa banjir di SJC Chung Hua, Batu Kawa. Kredit: The Borneo Post

Oleh itu, beliau menyeru kepada orang awam, termasuk ketua komuniti untuk membantu komuniti mematuhi arahan apabila arahan untuk berpindah ke pusat pemindahan dikeluarkan.

Apabila ada arahan untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara, jangan teragak-agak berbuat demikian, kerana ini untuk menentukan nyawa dan harta benda yang boleh kita selamatkan,”

ujarnya lagi.

Lagi di sini: