Kereta dinaiki enam beranak dipercayai terbabas sendiri, tiada kesan brek atau pelanggaran – Polis

LocalCars
7 Jul 2025 • 6:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Polis tidak menolak kemungkinan kereta yang dinaiki enam sekeluarga yang maut selepas terjunam ke dalam Sungai Korok di Jitra, dipercayai terbabas sendiri tanpa melibatkan kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Rahim berkata siasatan awal di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang kesan pelanggaran atau kehadiran kenderaan lain, malah tiada kesan brek dikesan di kawasan kejadian.

image is not available

image is not available

“Hasil semakan di tempat kejadian mendapati terdapat kesan laluan kenderaan di atas rumput yang terus menghala ke sungai.
“Tiada kesan brek, tiada kesan pelanggaran, dan tiada cebisan kenderaan lain ditemukan.
“Berdasarkan keadaan ini, kita percaya kereta terbabas sendiri,” katanya dalam sidang media di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, pada Isnin.

image is not available

Kereta dinaiki enam beranak dipercayai terbabas sendiri

Menurut beliau, laporan kehilangan dibuat pada jam 1 pagi Ahad oleh adik kepada mangsa lelaki yang memaklumkan abangnya bersama isteri dan empat anak keluar rumah sekitar jam 5.30 pagi dan gagal dihubungi.

Susulan laporan itu, polis membuka siasatan orang hilang dan menerima maklumat daripada orang awam keesokan harinya mengenai penemuan sebuah kenderaan di dasar sungai.

image is not available

image is not available

Pasukan polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kemudiannya mengeluarkan kereta jenis Proton Iswara itu yang menempatkan enam mangsa terdiri daripada pasangan suami isteri dan empat anak mereka.

image is not available

image is not available

Kesemua mayat mangsa dibawa ke HSB untuk proses bedah siasat, dan pihak polis masih menunggu laporan penuh daripada hospital.

Siasatan masih diteruskan melibatkan pelbagai aspek termasuk keadaan jalan dan teknikal kenderaan, namun setakat ini tiada sebarang unsur jenayah atau penglibatan kenderaan lain dikenal pasti.

Sumber: FB Sinar Harian