Kereta Dipandu Melulu Rempuh Penunggang Motosikal Hingga Melambung

28 Feb 2024 • 12:22 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Video sebuah kereta dipandu melulu sehingga merempuh penunggang motosikal telah menjadi perhatian ramai apabila mangsa dilihat melambung akibat pelanggaran tersebut.

Menerusi video rakaman dashcam yang tular di media sosial, kereta jenis Perodua Bezza itu dilihat cuba memotong dan memandu dalam keadaan cukup laju sehingga merempuh penunggang motosikal di laluan bertentangan.

Sampai melambung setinggi tiang lampu

Akibat daripada pelanggaran tersebut, dapat dilihat mangsa melambung ke atas sebelum kereta yang melanggarnya terbabas memasuki parit di sebelah jalan raya.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di Jalan Parit Sulong – Muar semalam.

Mangsa meninggal dunia

Menerusi ciapan yang dibuat akaun mynewshub, ahli keluarga mangsa telah mengesahkan bahawa mangsa adalah datuk saudaranya yang berusia 58 tahun dikenali sebagai Riduan bin Abdullah dan merupakan pemengang kad Orang Kurang Upaya (OKU).

image is not available

Jenazah telah dikebumikan

Mangsa telahpun meninggal dunia dan jenazahnya telah selamat dikebumikan pada petang semalam.

image is not available

Pemandu kereta alami luka2

Menurut ahli keluarga penunggang motosikal itu, pemandu kereta terbabit mengalami kecederaan luka-luka dan sedang mendapatkan rawatan di hospital.

image is not available

 

Ahli keluarga ucap terima kasih atas video dashcam

Dia juga mengucapkan terima kasih di atas rakaman dashcam terbabit yang boleh dijadikan bukti kemalangan tersebut.

image is not available

Semoga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan ahli keluarga yang ditinggalkan tabah menerima ujian ini.

Salam takziah.