Kereta Elektrik MG Dijual Dengan Diskaun Sehingga RM 26K – MG4 Standard Boleh Dibeli Pada Harga RM 95K

TechnologyDigitalCars
6 Nov 2024 • 6:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tinggal 2 bulan sahaja sebelum tahun ini berakhir dan dalam dua bulan ini bakal menyaksikan pertarungan terhebat pasaran kereta elektrik apabila banyak diskaun akhir tahun ditawarkan untuk pengguna. Terkini SAIC Motor Malaysia yang memasarkan jenama MG mengumumkan diskaun untuk barisan kereta elektrik mereka. 

image is not available

Menerusi promosi akhir tahun ini, MG ZS EV, MG4 EV Lux dan MG4 EV Standard akan memperoleh diskaun yang tersendiri. MG ZS EV yang dijual pada harga RM 125,99 kini ditawarkan dengan diskaun RM 26,000, menjadikan harganya selepas diskaun adalah RM 99,999. 

MG4 EV Lux pula yang ditawarkan pada harga bermula RM 128,999 akan menerima diskaun RM 16,000, menjadikan harganya RM 112,999 dan MG4 Standard yang asalnya dijual pada harga RM 103,999 akan menerima diskaun RM 8,500, menjadikan harga akhir RM 95,499.

Turut ditawarkan untuk kesemua model ini adalah jaminan kenderaan selama 7 tahun atau 150,000 km perbatuan, dan juga jaminan bateri selama 8 tahun atau 180,000 km perbatuan, tertakluk yang mana satu dahulu untuk keduanya. Untuk maklumat lanjut layari laman rasmi MG untuk promosi akhir tahun ini.