Kereta Elektrik Xiaomi MS11 EV Tertiris

TechnologyDigital
31 Jan 2023 • 12:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dua tahun lepas, Xiaomi menyatakan kereta elektrik pertama mereka akan diperkenalkan dalam masa empat tahun – bermakna sekitar tahun 2024 akan datang. Xiaomi turut berhasrat ingin menjadi antara lima syarikat pengeluar kereta terbesar dan ingin mengeluarkan 10 juta kereta setahun.

Ujian teknologi kereta swapandu mereka turut telah dimulakan pada tahun lepas. Teknologi in digelar sebagai Xiaomi Auto Pilot yang akan digunakan pada kereta-kereta lain selain kereta tersendiri mereka nanti. Terkini, imej pengolokan yang didakwa kereta elektrik pertama Xiaomi tertiris.

image is not available

Kereta ini digelar sebagai Xiaomi MS11 EV. Ia adalah sebuah kereta sedan dengan empat pintu, bumbung kereta kaca menyeluruh, tayar bersaiz besar dengan logo Xiaoni, sistem brek Wilwood, sensor LiDAR pada cermin hadapan, dan secara keseluruhan kelihatan seakan kereta BYD Seal dengan rekaan lampu seakan kereta Aston Martin.

image is not available

Imej pengolokan ini mirip dengan rekaan yang pernah tertiris sebelum ini dan menurut Xiaomi, ia adalah rekaan prototaip ketika awal pembangunan kereta ini. Tetapi menurut sumber, kereta ini pernah dilihat di atas jalan di sekitar China.

Buat masa ini, tiada butiran lagi mengenai kereta ini. Jika benar Xiaomi akan hadir dengan kereta pada tahun 2024 nanti, kita mungkin akan mendengar maklumat rasmi sekitar hujung tahun ini atau awal tahun hadapan. Sama-sama kita nantikan.