Kereta Elektrik Zeekr X dan Zeekr 009 Mula Dijual Di Malaysia – Zeekr X Bermula RM 155K, Zeekr 009 Bermula RM349K

TechnologyDigitalCars
6 Dec 2024 • 7:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas hampir 4 bulan Zeekr Malaysia membuka pra-tempahan dua kereta elektrik mereka iaitu Zeekr X dan Zeekr 009, hari ini mereka akhirnya telah mengumumkan penjualan rasmi kedua-dua model ini untuk pasaran tempatan.

image is not available

Zeekr X merupakan SUV elektrik yang mempunyai bateri sebesar 66kWh yang dilengkapkan pengecasan pantas DC 150kW membolehkan pengecasan 10%-80% dalam masa 30 minit. Ia ditawarkan dalam dua versi, iaitu Premium dan Flagship AWD. Versi Premium dikuasakan motor elektrik di bahagian belakang yang mempunyai kuasa 268 hp, membolehkan pecutan 0-100km/j dalam masa 5.6 saat. Versi Flagship AWD pula mempunyai dua motor elektrik yang memacu kesemua tayar, menghasilkan kuasa kuda 422 hp bagi membolehkan pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa 3.8 saat.

image is not available

Sekiranya SUV bukanlah citarasa anda, Zeekr 009 merupakan kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah yang akan ditawarkan dalam 2 versi iaitu Luxury 7 Penumpang dan Ultra Luxury 6 Penumpang. MPV ini mempunyai bateri sebesar 116 kWh yang memberikan jarak perjalanan 582 KM WLTP dan dilengkapkan dengan pengecasan pantas DC 150KW memendekkan masa pengecasan dari 10%-80% sepantas 30 minit. Kedua-dua versi ini menggunakan dua motor elektrik yang memacu kesemua tayar, menghasilkan kuasa kuda 603 hp dan 693 tork yang membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.5 saat.

Membezakan Zeekr 009 dengan MPV elektrik yang lain adalah kemewahan yang ditawarkan seperti kulit kusyen Nappa, 30 pembesar suara Yamaha, paparan OLED 17-inci untuk penumpang belakang malah tahap hingar kabin ini yang terlalu rendah, membolehkan pengguna korporat melakukan telesidang terus dari dalam kenderaan ini.

image is not available

Zeekr X versi Premium ditawarkan pada harga RM155,800 manakala versi Flagship AWD ditawarkan pada harga RM172,800. Dan Zeekr 009 akan ditawarkan pada harga RM 349,800 manakala versi Ultra Luxury 6-tempat duduk ditawarkan pada harga RM 359,800.

image is not available

Untuk kedua-dua model serta versinya turut menerima jaminan 5 tahun atau 150,000 KM jarak perbatuan, jaminan bateri 8 tahun atau 160,000 KM jarak perbatuan. Pembeli juga akan menerima data internet selama 2 tahun berjumlah 6GB, dan 500 pembeli pertama akan menerima pengecas rumah, pengecas mudah alih, filem penapis solar untuk Zeekr 009, manakala sunshade untuk Zeekr X. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved