Kereta Kancil Terbakar Sepenuhnya, Pemandu Ditemui Maut Dilapor Rentung 100 Peratus

21 Oct 2022 • 9:40 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kereta Kancil Terbakar Sepenuhnya, Pemandu Ditemui Maut Dilapor Rentung 100 Peratus

Seorang individu didapati maut dalam kebakaran sebuah kereta model Kancil di Jalan Shapadu, Kg Sungai Pinang, Klang, Selangor pada pagi Jumaat ini, lapor Astro Awani.

Berdasarkan kenyataan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima sebuah panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 5.27 pagi, pada Jumaat.

Bomba memaklumkan bahawa kebakaran tersebut melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang terbakar sepenuhnya.

image is not available
Kredit: Astro Awani

“Pihak bomba mendapati terdapat seorang mangsa di tempat pemandu turut terbakar 100 peratus dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Bagaimanapun identiti mangsa masih tidak dapat ditentukan setakat ini,” katanya yang memaklumkan bahawa mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

image is not available