Kereta Mercedes Terbakar, Pemandu Didakwa Suspek Langgar Lari Motosikal?

Entertainment
16 Dec 2024 • 10:09 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular satu kejadian sebuah kereta Mercedes Benz 450 musnah dalam kebakaran di Kilometer 18 Lebuh Raya Setiawangsa-Pantai (SPE) sebelum Plaza Tol Wangsa Maju, pada tengah hari semalam.

Pihak bomba memaklumkan kebakaran berlaku berpunca dari bahagian enjin kereta namun pemandu sempat menyelamatkan diri.

image is not available

Pemandu didakwa langgar lari sebelum kejadian terbakar

Difahamkan, berlaku satu kejadian langgar lari membabitkan kereta berkenaan dengan sebuah motosikal sebelum insiden terbakar.

Turut tular semalam video kejadian dan gambar mangsa langgar lari mengalami kecederaan teruk di bahagian muka.

Memetik laporan Astro Awani, kakak mangsa yang dikenali sebagai Syahrizah Saini mengesahkan adiknya dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Mukanya cedera teruk, berdarah tidak berhenti. Doktor telah beri dia (mangsa) makan pil untuk memberhentikan pendarahan.

“Buat masa ini mangsa berada dalam keadaan tidak stabil dan mengalami masalah ingatan,” kata Syahrizah.

image is not available

Menurutnya lagi, semasa dia pergi membuat laporan, pihak polis agak terkejut apabila mendapat tahu kejadian Mercedes terbakar dengan kemalangan adiknya itu berkait dalam satu insiden sama.

image is not available

“Mereka (pihak polis) menelefon pemandu Mercedes itu. Mula-mula dia tidak mengaku. Kemudian polis menyatakan pihaknya mempunyai pelbagai bukti berhubung kejadian tersebut.

“Selepas itu suspek (pemandu Mercedes) mula bertanyakan keadaan penunggang motosikal.”

Jelasnya, polis menyatakan pemandu tersebut dalam perjalanan ke balai polis bagi memaklumkan kejadian terbabit.

Sumber: Kosmo

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.