Kereta Mewah Disita, Perbaharui Cukai Jalan, Insurans Dulu Sebelum Bayar Kompaun

LocalCars
8 Aug 2025 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pemilik kenderaan mewah perlu memperbaharui cukai jalan dan insurans bagi kenderaan mereka yang disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebelum dibenarkan untuk membayar kompaun yang dikenakan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata tidak kira apa jenis kenderaan mewah yang disita, pemiliknya perlu memastikan cukai jalan dan insurans mereka sudah diperbaharui sebelum dibenarkan mengambil semula kenderaan masing-masing.

Ketika ini pendekatan yang digunakan oleh pihak berkuasa ialah penguatkuasaan dan pemilik kenderaan mewah yang disita perlu menyelesaikan semua kompaun yang dikenakan mengikut undang-undang sedia ada.

"Tetapi untuk meletakkan satu tindakan yang lebih berat sudah tentu kementerian perlu melihat kembali Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 sebab akta sedia ada ini hanya membenarkan penguat kuasa menyita kenderaan berkenaan.

memandangkan kenderaan berkenaan tiada cukai jalan dan insurans jadinya tidak sepatutnya berada di atas jalan raya," katanya ketika ditemui pada Program Keselamatan Rider 'Pandasafe'oleh Foodpanda Malaysia dengan kerjasama awam dan swasta,semalam.

image is not available

Terdahulu, media tempatan melaporkan sebanyak 53 kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit setiap satu, disita menerusi Ops Luxury dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sekitar Lembah Klang, kerana tidak memiliki cukai jalan dan insurans yang sah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved