“Balik naik e-hailing” – Kereta Mewah Disita, Warga China Tiada Lesen Memandu & Tidak Bayar Cukai Jalan

Entertainment
7 Aug 2025 • 11:04 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Empat pemandu kereta mewah ditahan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), kenderaan mereka disita dan disebabkan itu mereka terpaksa menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk pulang.

Penyitaan itu dibuat selepas cukai jalan kenderaan mereka tamat tempoh dalam Ops Pengarah Jabatan Pengangkutan Selangor hampir lima jam bermula 8.30 malam.

Dalam laporan Kosmo!, difahamkan salah seorang daripada mereka merupakan wanita warga China yang berusia 41 tahun, dia dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Jalil dengan memandu kereta mewah jenis Mercedes-Benz dengan cukai jalan yang tamat tempoh sejak setahun lalu.

Wanita tersebut memasuki negara ini sejak tahun lalu dan berkahwin dengan lelaki tempatan juga didapati tidak mempunyai lesen memandu.

Dalam pada itu, seorang lagi lelaki tempatan berusia 25 tahun yang turut melakukan kesalahan sama memaklumkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dibawanya baharu dibeli sejak tiga bulan lalu.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan memaklumkan sebanyak 16,735 kesalahan dikesan tidak mempunyai lesen memandu bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.